Saturday 24 September 2011

Sayur dan Buah-Buahan







Mengapa perlumakan buah dan sayur?




Buah dan sayur perlu kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan antaranya :
  • Serat dapat mengurangkan masalah sembelit.
  • Vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit.
  • Potasium menguatkan fungsi otot.
  • Antioksidan melambatkan proses penuaan.

Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia rendah lemak, rendah kalori dan tidak mengandungi kolestrol.

Kita perlu mengambil 3-5 hidangan buah dan sayur setiap hari.

Contoh hidangan

Satu hidangan sayur-sayuran
  • 1/2 cawan sayuran berdahun hijau tua dengan batangnya bleh dimakan atau
  • 1 cawan sayur mentah atau ulam-ulaman

Satu hidangan buah-buahan
  • 1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana atau
  • 1 biji buah oren, epal, pir yang sederhana atau
  • 1 biji pisang yang sederhana atau 1 potong betik, nenas

Tips Meningkatkan Pengambilan Buah-buahan dan Sayur-sayuran.
  • Makan pelbagai jenis buah segar.
  • Jadikan buah-buahan sebagai gantian makanan ringan (snek).
  • Utamakan buah-buahan segar berbanding buah-buahan dalam tin.
  • Makan buah bersama kulit untuk mendapatkan lebih serat.
  • Minum jus buah-buahan segar tanpa gula.
  • Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna.
  • Pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim.
  • Amalkan pengambilan ulam-ulaman.

Haid yang Berlebihan (Menorrhagia)



Menorrhagia bermaksud pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, ia boleh diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk terpaksa menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang hingga melimpah mengotori kain atau tilam.  

Sebab-Sebab
Kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu.Di antara sebab-sebab yang boleh dikenal pasti adalah:
  • Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
  • Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukn kanser dari selaput rahim atau serviks)
  • Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara
    tidak normal)
  • Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
  • Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
Sebab-sebab lain:
  • Akil baligh atau permulaan haid
  • IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
  • Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
  • Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
  • Sindrom Polycystik ovari (PCOS)
Sebab-sebab yang jarang:
  • Masalah kelenjar pituitari atau rembesan hormon prolactin yang berlebihan.
  • Penyakit hati atau ginjal
  • Penyakit darah
  • Kanser Endometrium (kanser selaput rahim)
  • T.B. endometrium (T.B. selaput rahim)
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak seperti ubat yang boleh mencairkan darah atau kemoterapi (untuk kanser).

Diagnosa

Sejarah pesakit perlu ditanya oleh doktor supaya dapat mencari sebab-sebab pendarahan haid (seperti di atas). Anda akan ditanya berapa tuala wanita (pad) yang digunakan sehari termasuk simptom-simptom lain (seperti kekurangan darah dsb). Anda mungkin diminta mengisi satu borang carta yang boleh menolong memberi gambaran ringkas kadar darah haid yang anda alami.
Ujian darah boleh mengesan anaemia (kurang darah), yang boleh disebabkan oleh pendarahan yang banyak dan berlebihan. Ujian Ultrasound rahim boleh mengesan fibroid, polip atau kanser. Jikalau doktor anda tidak dapat mengesan sebab-sebab pendarahan, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk rawatan lanjutan.

Rawatan 
Rawatan termasuk ubat-ubatan dan pembedahan. 

Asid Tranexamic adalah ubat yang paling mujarab. Ia boleh mengurangkan pendarahan haid dan diambil pada hari-hari haid sahaja. Ia tidak mengurangkan masa pendarahan tetapi lebih mengurangkan kuantiti pendarahan. Ubat-ubat lain seperti anti-radang (Mefenamic acid - Ponstan) juga boleh digunakan. Ia mungkin kurang efektif berbanding asid tranexamic tetapi boleh mengurangkan sakit senggugut.

Pil perancang boleh mengurangkan pendarahan haid berlebihan, sakit sengugut dan pada masa sama menghindar mengandung.

Pembedahan pula termasuk pembedahan membuang rahim (hysterectomy) atau membuang selaput rahim (endometrium). Prosedur membuang selaput rahim ini dipanggil ablasi endometrium. Ablasi ini merangkumi pembakaran dengan tenaga elektrik atau gelombang mikro. Mereka yang menjalani pembedahan hysterectomy tidak akan mengalami pendarahan haid lagi, akan tetapi keperluan membuat pembedahan ini perlu diimbang kosnya yang mahal dan kesan sampingan lain.

Ablasi endometrium adalah pilihan yang baik jikalau pesakit tidak mahu menjalani pembedahan histerektomi. Rawatan ablasi yang menggunakan gelombang mikrowave boleh didapati di kebanyakan hospital-hospital besar di Malaysia.
 Sumber : www.infosihat.com

Aktiviti Fizikal Di Tempat Kerja


Aktiviti fizikal sebagai asas kesejahteraan.

Kita meluangkan 1/3 daripada kehidupan harian di tempat kerja. Gunakan masa sebaik mungkin untuk kekal sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti fizikal.

• Meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup
• Meningkatkan tahap kecergasan fizikal
• Mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit
• Memupuk hubungan mesra di kalangan pekerja
• Meningkatkan kecerdasan minda
• Mengurang dan mengawal stres di tempat kerja
• Membentuk disiplin diri



Talasemia



Rawatan
Talasemia minor
Rawatan tidak diperlukan.
Talasemia major
    • Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
    • Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.
    • Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.

Apa itu Denggi?



Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.










Teknik Pernafasan




Mengatasi masalah gemuruh.
Menarik nafas dari hidung dan keluar nafas melalui hidung.
Oksigen-->masuk--->ke Hidung---->keluar---->melalui hidung

Menurunkan perasaan marah
Menarik nafas dari hidung dan keluar melalui mulut.
Oksigen------>masuk----->ke Hidung---->keluar----->mulut

Untuk mendapat idea-idea baru
Menarik nafas dari mulut dan keluar melalui hidung dapat meningkatkan sel otak dan untuk mendapat idea-idea.
Oksigen---->masuk----->ke mulut---->keluar----->hidung

Mengurangkan kesakitan yang dialami
Menarik nafas dari mulut dan keluar melalui mulut juga dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.
Oksigen---->masuk----->ke mulut----->keluar----->mulut

Ketagihan Alkohol



KETAGIHAN ALKOHOL
Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.
KESAN FIZIKAL
    • Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.
    • Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
    • Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
    • Ulser dan gastritis
    • Kecederaan otak dan masalah saraf
    • Masalah jantung dan tekanan darah
    • Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
    • Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
    • Masalah seksual
    • Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)
SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS)
FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:
    • Kekurangan berat badan.
    • Kurang tinggi
    • Kepala kecil
    • Masalah jantung
    • Kecacatan kaki-tangan serta sendi
    • Koordinasi yang lemah
    • Hilang ingatan
    • Masalah pembelajaran
Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.